Wednesday, July 29, 2009

Bagaimana kita boleh melahirkan masyarakat yang berbudi bahasa?


Walaupun dunia sudah berkembang pesat dan banyak telah berubah pada zaman kini, kita tidak seharusnya leka dan abaikan tingkah laku kita sesama orang lain. Tingkah laku seseorang amatlah penting kerana ia menampilkan personalitinya terhadap orang lain. Dengan itu, kita harus mengamalkan sikap berbudi bahasa kepada sesiapa pun.

Di dalam sebuah keluarga, sebagai ibu bapa, mereka memainkan peranan penting kerana mereka sepatutnya mendidik anak-anak mereka untuk berbudi bahasa semenjak kecil lagi. Saya percaya jika kanak-kanak diajar sejak kecil lagi, mereka akan mempraktikkan budi bahasa sehingga mereka besar. Selain itu, ibu bapa juga harus menjadi contoh yang baik agar ia dapat diikuti anak-anak mereka.


Bukan ibu bapa sahaja yang berperanan besar, namun, di sekolah, guru-guru juga bereperanan untuk mengamalkan budi bahasa supaya dapat dicontohi murid-murid. Sekolah juga boleh mengadakan program-program yang mempromosikan kempen berbudi bahasa. Poster-poster yang menyebarkan mesej untuk berbudi bahasa kepada murid-murid juga dapat diletakkan di merata dinding sekolah kerana ia akan memperingatkan murid-murid untuk senantiasa mempratikkan budi bahasa antara satu sam lain.


Pemerintah pula dapat mengadakan kempen-kempen berbudi bahasa di merata negara untuk menggalakkan orang ramai agar sering mengamalkan sikap berbudi bahasa. Selain itu, mereka juga dapat menyelitkan beberapa iklan yang dapat mengambil perhatian orang ramai untuk menyebarkan mesej berbudi bahasa. Dengan lebih banyak orang yang menyedari mesej berbudi bahasa ini, akan terlahirlah sesebuah masyarakat yang berbudi bahasa.

No comments:

Post a Comment