Sunday, April 26, 2009

Surat Kiriman Rasmi: Perkhidmatan yang Kurang Memuaskan

Nurraudhah A.Rashid
BLK 312, Tampines St 33 #05-20
S520312

17 April 2009

Sistic Centre
Esplanade, Theatres on The Bay
1 Esplanade DriveSingapore 038981

Tuan
PERKARA: Perkhidmatan yang Kurang Memuaskan

Merujuk kepada perkara di ata, saya ingin membuat aduan tentang perkhidmatan, di kaunter Sistic Esplanade, yang kurang memuaskan. Saya tidak menyangka pekerja anda, yang bernama Sahara, di Kaunter Sistic itu bersikap begitu kurang sopan terhadap saya sewaktu saya bersama teman-teman saya ingin membeli tiket di situ.

Pada minggu lalu, saya bersama beberapa teman saya telah mengunjungi Kaunter Sistik di Esplanade untuk membeli tiket konsert David Archuleta yang akan menjelang. Memandangkan kaunter di hujung kelihatan tidak ramai orang yang beratur, saya pun terus beratur di kaunter tersebut untuk menantikan giliran saya. Setelah beberapa minit menunggu, giliran kami pun tiba. Namun, pekerja anda, Sahara, yang berada di kaunter itu sungguh tidak menyambut kita dengan cara sopan.

Malah dia menggunakan bahasa yang agak kasar ketika melayani kami. Cara dia membuatnya kerjanya juga seperti dia malas dan enggan bekerja. Bukan itu sahaja, dia juga telah memberi kami tiket yang salah dan tidak mengaku kesilapannya. Selepas itu, dia mula meninggikan suaranya kepada kami. Kami ingin menegurnya tetapi dia tetap memarahi kami. Mujur pekerja di kaunter sebelah anda mengawal Sahara dari terus menarik perhatian ramai dan memalukan syarikat anda.

Saya dan teman-teman saya amat terharu dengan layanan dan perkhidmatan yang diberi. Kami berasa perangai Sahara itu kurang elok pada khalayak ramai dan boleh menjatuhkan nama baik syarikat anda. Dengan itu, kami berharap anda dapat mengambil tindakan atas aduan ini dan perbaiki perkhidmatan anda untuk pelanggan-pelanggan seperti kami. Terima Kasih.

Yang benar,
Nurraudhah A. Rashid

No comments:

Post a Comment