Wednesday, July 29, 2009

Bagaimana kita boleh melahirkan masyarakat yang berbudi bahasa?


Walaupun dunia sudah berkembang pesat dan banyak telah berubah pada zaman kini, kita tidak seharusnya leka dan abaikan tingkah laku kita sesama orang lain. Tingkah laku seseorang amatlah penting kerana ia menampilkan personalitinya terhadap orang lain. Dengan itu, kita harus mengamalkan sikap berbudi bahasa kepada sesiapa pun.

Di dalam sebuah keluarga, sebagai ibu bapa, mereka memainkan peranan penting kerana mereka sepatutnya mendidik anak-anak mereka untuk berbudi bahasa semenjak kecil lagi. Saya percaya jika kanak-kanak diajar sejak kecil lagi, mereka akan mempraktikkan budi bahasa sehingga mereka besar. Selain itu, ibu bapa juga harus menjadi contoh yang baik agar ia dapat diikuti anak-anak mereka.


Bukan ibu bapa sahaja yang berperanan besar, namun, di sekolah, guru-guru juga bereperanan untuk mengamalkan budi bahasa supaya dapat dicontohi murid-murid. Sekolah juga boleh mengadakan program-program yang mempromosikan kempen berbudi bahasa. Poster-poster yang menyebarkan mesej untuk berbudi bahasa kepada murid-murid juga dapat diletakkan di merata dinding sekolah kerana ia akan memperingatkan murid-murid untuk senantiasa mempratikkan budi bahasa antara satu sam lain.


Pemerintah pula dapat mengadakan kempen-kempen berbudi bahasa di merata negara untuk menggalakkan orang ramai agar sering mengamalkan sikap berbudi bahasa. Selain itu, mereka juga dapat menyelitkan beberapa iklan yang dapat mengambil perhatian orang ramai untuk menyebarkan mesej berbudi bahasa. Dengan lebih banyak orang yang menyedari mesej berbudi bahasa ini, akan terlahirlah sesebuah masyarakat yang berbudi bahasa.

Sunday, April 26, 2009

Contoh Surat Kiriman Rasmi [Permulaan/Penutup]

Surat Rasmi

Permulaan

Berhubung dengan perkara di atas, saya selaku setiausaha Kelab Bahasa Melayu Sekolah Menengah East Spring dengan sukacitanya memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk melawat kampus Universiti Nasional Singapura. Lawatan sambil belajar ini merupakan salah satu aktiviti tahunan persatuan kami bagi pelajar-pelajar menengah 4.

Isi

Tujuan lawatan ini adalah untuk …

..Jika diizinkan, kami ….

Akhir sekali kami bercadang untuk ……
Semoga dengan lawatan ini akan dapat menambahkan semangat untuk kami belajar bagi menempuh peperiksaan GCE peringkat ‘O’ dan seterusnya menjejakkan kaki di lembah ilmu ini dan meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Saya pasti pengalaman di Universiti Nasional nanti akan memberi satu semangat yang tidak ternilai buat kami dan menjadi perangsang untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.

Penutup
Surat Permohonan

Saya berharap mudah-mudahan permohonan kami ini akan mendapat pertimbangan dan diluluskan oleh pihak tuan. Besarlah harapan kami agar pihak tuan tidak menolak permohonan kami memandangkan hasil lawatan ini pasti dapat memberi manfaat kepada kami. Kerjasama daripada pihak tuan sangat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Atau

Surat Aduan

Semoga aduan kami (pada kali ini) dapat diatasi pihak tuan. Besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan sudi berkunjung ke (kawasan perumahan) kami untuk melihat dengan lebih dekat lagi tentang (masalah yang terpaksa kami hadapi).Perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih.

Surat Kiriman Rasmi: Perkhidmatan yang Kurang Memuaskan

Nurraudhah A.Rashid
BLK 312, Tampines St 33 #05-20
S520312

17 April 2009

Sistic Centre
Esplanade, Theatres on The Bay
1 Esplanade DriveSingapore 038981

Tuan
PERKARA: Perkhidmatan yang Kurang Memuaskan

Merujuk kepada perkara di ata, saya ingin membuat aduan tentang perkhidmatan, di kaunter Sistic Esplanade, yang kurang memuaskan. Saya tidak menyangka pekerja anda, yang bernama Sahara, di Kaunter Sistic itu bersikap begitu kurang sopan terhadap saya sewaktu saya bersama teman-teman saya ingin membeli tiket di situ.

Pada minggu lalu, saya bersama beberapa teman saya telah mengunjungi Kaunter Sistik di Esplanade untuk membeli tiket konsert David Archuleta yang akan menjelang. Memandangkan kaunter di hujung kelihatan tidak ramai orang yang beratur, saya pun terus beratur di kaunter tersebut untuk menantikan giliran saya. Setelah beberapa minit menunggu, giliran kami pun tiba. Namun, pekerja anda, Sahara, yang berada di kaunter itu sungguh tidak menyambut kita dengan cara sopan.

Malah dia menggunakan bahasa yang agak kasar ketika melayani kami. Cara dia membuatnya kerjanya juga seperti dia malas dan enggan bekerja. Bukan itu sahaja, dia juga telah memberi kami tiket yang salah dan tidak mengaku kesilapannya. Selepas itu, dia mula meninggikan suaranya kepada kami. Kami ingin menegurnya tetapi dia tetap memarahi kami. Mujur pekerja di kaunter sebelah anda mengawal Sahara dari terus menarik perhatian ramai dan memalukan syarikat anda.

Saya dan teman-teman saya amat terharu dengan layanan dan perkhidmatan yang diberi. Kami berasa perangai Sahara itu kurang elok pada khalayak ramai dan boleh menjatuhkan nama baik syarikat anda. Dengan itu, kami berharap anda dapat mengambil tindakan atas aduan ini dan perbaiki perkhidmatan anda untuk pelanggan-pelanggan seperti kami. Terima Kasih.

Yang benar,
Nurraudhah A. Rashid

Thursday, April 2, 2009

Hari Persahabatan Antarabangsa

Setiap tahun, untuk menggalakkan orang ramai untuk membina persahabatan dengan teman-teman dari negeri lain, Hari Persahabatan telah diadakan dan diraihkan di serata dunia. Kita tidak seharusnya menjadi katak di bawah tempurung dan mempunyai kawan sebangsa sahaja. Malah, kita sepatutnya berinteraksi dengan teman-teman dari bangsa lain juga dan bersama kita menyambut perayaan ini dengan kemeriahan.


Pada Hari Persahabatan Antarabangsa tahun ini, sambutannya pastinya lebih meriah dan seronok. arian melayu, cina dan hindustan dipersembahkan dengan begitu menarik dan gah. Cara kehidupan dan budaya negeri-negeri serantau seperti Thailand, Itali, India dan lain-lain lagi tutrut dipamerkan. Dengan cara ini, kami bukan sahaja dapat melihat persembahan-persembahan menarik, kami juga dapat menimba ilmu tentang negeri-negeri lain dengan cara yang seronok.




Selain mempunyai rakan-rakan sebangsa, kami juga sepatutnya memperbanyakkan teman-teman yang berbilang bangsa dan kaum. Dengan itu, kita mengadakan Hari Persahabatan Antarabangsa untuk mengeratkan persahabatan bersama teman-teman kita di Singapura dan juga dari negeri lain. Bukan itu sahaja, kita juga dapat menimba ilmu tentang cara hidup dan budaya negeri lain.


Tidak kira dari mana kita berada, kita harus saling menjalin persahabatan di serata dunia. Dengan membina lebih banyak persahabatan, kita akan menjadi lebih peramah dan senang untuk diajak berbual. Selain itu, kami juga dapat berkongsi tentang budaya negeri kami dengan teman-teman kami serantauan. Akhir kata, memang penting Hari Persahabtan Antarabangsa diraihkan dengan kemeriahan.

Thursday, March 26, 2009

Seminggu Cuti Sekolah pada Bulan March :)


Erms...ingin kata seminggu cuti dan rehat, tidak banyak rehat pun. Setiap hari, saya pasti sibuk dengan aktiviti-aktiviti sekolah atau menghabiskan kerja sekolah yang bertimbun. Dengan menjelangnya pertandingan Singapore Youth Festival atau lebih dikenali sebagai SYF, pada seminggu cuti yang lalu, saya bersama teman-teman dari Kelab Drama sering sibuk berlatih untuk mementaskan persembahan yang baik. Memanglah penat bagi kami semua yang terbabit tetapi kami yakin dengan usaha gigih untuk berlatih, kami akan mendapat hasilnya.
Selain itu, pada khamis lalu pula, pelajar-pelajar menengah 4 atau 5 dari Kelompok E3yang bakal mengambil peperiksaan GCE Peringakt 'O' pada bulan Jun ini, mendapat peluang untuk menghadiri bengkel persiapan untuk peperiksaan tersebut. Saya rasa bengekl itu amat berkesan dan nota-nota serta tips-tips yang diberikan juga sangat berguna.
Jika pada hari biasa sering sibuk, hujung minggu pun sibuk tetapi tidak begitu sibuklah. Sabut lalu, saya dapat juga berehat sebentar dengan keluar berjalan-jalan bersama keluarga saya. Walaupan agak letih sedikit, saya tetap dapat menenangkan fikiran dari aktiviti-aktiviti atau kerja-kerja sekolah buat seketika. Ahad pula, saya menyediakan diri dari segi menatal dan fisikal untuk pulang sekolah pada hari keesokannya.
Dalam kesibukan dengan banyak kerja, saya juga dapat meluangkan masa sedikit untuk menonton beberapa drama Korea yang amat saya minati. Selalunya, menonton drama Korea pasti akan menghiburkan diri saya setelah penat dengan aktiviti-aktiviti atau kerja-kerja sekolah. Begitulah seminggu cuti saya yang begitu sibuk tetapi ada juga masa-masa penuh keriangan :)

Thursday, March 12, 2009

Filem Yang Pernah Saya Tontoni


Salah satu filem yang pernah saya tontoni ialah filem tempatan, "The Leap Years"
Ceritanya, berdasarkan sebuah novella "A Leap Of Love", mengenai sebuah kisah cinta yang mula berputik pada 29 Februari. Saya amat minati dengan filem ini kerana watak utama dalam cerita ini, Li Ann dan Jeremy, telah membuat sesuatu perjanjian untuk bertemu setiap Februari 29. Di dalam kisah cinta ini, mereka hanya berjumpa 3 kali sahaja dalam masa 12 tahun. Keunikan kisah cinta ini yang bukan sesuatu yang biasa saya lihat di filem-filem cinta yang lain. Jalan ceritanya amat menarik perhatian saya. Pada masa hadapan nanti, saya ingin mengarang sebuah cerita yang sama bentuknya dengan cerita ini. Memang filem ini patut ditontoni :)